my playlists


Friday, November 13, 2009

Cuba Try...

Bismillahirrahmanirrahim

Jom kita try!
Try apa?
Try cari perkataan yang ada lima huruf bila diterbalikkan pn ada makna gak, cthny: kubis-sibuk.
Jom kita cari...
tusuk-kusut
sirap-paris
kitab-batik
surah-harus
marah-haram
balik-kilab
karam-marak
bijan-najib???
malas-salam

apa lagi ye???

Tuesday, November 10, 2009

I'm not well today

Bismillahirrahmanirrahim

Hmmm... Saya tak berapa sihatlah hari ini, tak tau lah kenapa, agaknya kurang rehat kot tak pun sebab banyak sangat fikir. So badan pun panas-panas sejuk je. Sekarang dah pukul 12.30pm tapi belum makan apa-apa pun lagi, macam tak ada selera je. Saya ni sebenarnya tak boleh ajar perut kosong lama-lama sebabnya ada gastrik, nanti kang kalau dah start muntah-muntah parah pulak jadinya.

Orang kata kesihatan kena jaga tapi kadang-kadang disebabkan kesibukan harian kita terlupa pasal kesihatan diri. Kesian kat badan... dah lama tak dimanjakan, asyik kepenatan je. Kadang-kadang ada jugak niat nak pergi swimming tapi bila petang je asyik tertidur sebab dah keletihan sangat. Nak jogging pun susah jugak sebab kat sini petang-petang hujan. So, akhirnya katil jugak yang menjadi pilihan.

Ok lah selera macam dah ada balik ni, nak gi cari makanan la pulak, lapor daa.. k jumpa lagi. tataa... 

Acu cuba try test


Nak try masukkan pict sebenarnya cz tak penah buat hehe...

Fail to Plan, Plan to Fail

Bismillahirrahmanirrahim

Apabila kita gagal untuk merancang kita sebenarnya merancang untuk gagal secara tidak langsung. Percaya tak? Terpulang kepada anda sama ada anda ingin percaya atau tidak. Tetapi hakikatnya memang begitu. Cuba kita perhatikan kehidupan orang yang selalu merancang dengan orang yang tidak pernah merancang untuk membuat sesuatu.Siapa yang lebih berjaya? Saya tinggalkan soalan ini untuk anda jawab.

Orang Jepun, kenapa mereka berjaya? Mereka adalah satu bangsa yang suka membuat perancangan yang lebih awal, maka dengan sebab itu mereka mudah untuk berjaya. Orang Jepun biasanya akan merancang sebelum tidur lagi apa yang akan mereka lakukan keesokan harinya. See... How they do to be success in their life. Orang Jepun juga terkenal dengan 'punctuality'. Mereka adalah antara golongan-golongan yang sentiasa menepati masa, jadi tidak hairanlah kalau mereka menjadi bangsa yang berjaya. Orang Jepun sebenarnya banyak belajar daripada peristiwa mereka dibom di Hiroshima dan Nagasaki. Pada ketika itu, dua kota masyhur ini hancur musnah menjadi debu-debu yang berterbangan. Tetapi orang Jepun mampu menghidupkan semula kemasyhuran yang pernah mereka kecapi itu. Betapa mereka bangkit daripada kemusnahan itu dan menjadi bangsa yang gah dan punya pendirian tersendiri.

Ramai dari kalangan pemimpin Jepun ini yang tidak tahu berbahasa inggeris tetapi mereka boleh maju, malah pada satu tahap mungkin lebih berjaya daripada bangsa yang pernah memusnahkan kota besar mereka itu. Orang kata, nak maju kena pandai berbahasa inggeris. Jawapannya, tak semestinya, ini kerana bangsa Jepun telah pun membuktikan kepada dunia yang teori kena pandai bahasa inggeris baru boleh berjaya adalah tidak tepat.

Belajar pelbagai bahasa tidak rugi tetapi persepsi kita terhadap bahasa-bahasa tersebut kena betul dan tepat.Jangan pula kerana terlalu bergantung kepada kuasa sesuatu bangsa, maka kita pula terpengaruh dengan bahasa-bahasanya. Sampaikan kadang-kadang kita hilang jati diri kita sendiri kerana terlalu terikut-ikut.

Saya rasa agak bertuah kerana boleh menguasai bahasa inggeris dengan agak baik dan bahasa arab secara merangkak-rangkak, selain bahasa ibunda saya. Jadi, tiga bahasa yang saya faham, hmm... macam ok la jugak kan. Tetapi saya berminat untuk menguasai bahasa cina, namun belum berkesempatan. Memahami bahasa bangsa lain juga amat penting dalam rangka untuk menyebarkan dakwah. Itu satu keperluan. InshaAllah moga-moga ada ruang untuk saya mempelajarinya.

Ok saya kira cukuplah dulu untuk kali ini, semoga kita berjumpa lagi. Wassalam. 

Sunday, November 8, 2009

Ya Allah... Sesungguhnya Aku Diuji

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah, sesungguhnya aku diuji olehMu ya Allah. Aku tahu aku sepatutnya menjaga ikatan ini supaya tidak terputus. Namun terkadang aku keliru kerana apa yang aku harapkan tidak seperti apa yang aku lalui di alam ini. Aku tahu alam ini paling banyak cobaannya, mahu pun dari segi lahir begitu juga batin. Ya Allah kenapa aku boleh terlepas mulut mintak putus? Adakah aku terlalu emosi? Aku sebenarnya sudah tidak termampu untuk bertahan lebih lama di alam pertunangan ini kerana pada hemat aku ia lebih banyak mafsadah daripada maslahahnya. Ya Allah, aku pohon padaMu agar Engkau lorongkanlah jalan supaya kami dapat cepat-cepat menuju alam perkahwinan di mana ia lebih Engkau redhai. Pertunangan belum menjanjikan apa-apa, ia sekadar ikatan namun belum lagi halal antara lelaki & perempuan. Ya Allah, aku tidak ingin ikatan ini dikotori oleh anasir-anasir yang bisa menjerumuskan aku & dia ke kancah kehinaan. Ya Allah, Engkau peliharalah kami daripada unsur-unsur yang boleh merosakkan. Kami ada nafsu walau pun akal kami lebih tinggi makamnya, namun maksiat mulut, maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati kadang-kadang kami terlepas pandang, mungkin iman kami tidak mampu mengawal nafsu yang selalu melalaikan ini.

Ya Allah, aku mengadu padaMu & aku juga memohon pertolongan daripadaMu... 

Saturday, November 7, 2009

Aku & Exam

Bismillahirrahmanirrahim

Sudah 2 papers berlalu dan tinggal lagi 3 papers yang aku kena hadapi lagi. Exam oh exam... esok pukul 3pm (8/11/09) merupakan hari paper ke 3 ku iaitu subjek psychology of learning. Aku sudah kebuntuan kerana sekarang jam sudah pun menunjukkan angka 2.35am tapi masih banyak lagi topik yang belum aku cover. Sebenarnya aku study sambil jaga cc, mujurlah customer tak ramai, so boleh la aku fokus pada study ku. Namun Tuhan itu maha mengetahui perasaan hamba-hambaNya kerana Dia yang menciptakan dan menjadikan. Sebenarnya kepala otak dah heavy ni, tu yang mengarut tak tentu hala tu. So izinkan aku mencoret apa sahaja yang terlintas di kepalaku ini... Mudah-mudahan ia dapat membantu otakku rehat untuk seketika waktu. Don't force yourself whenever you cannot go anymore. hehe... Betul ke ayat ni? Therefore, let's take a break... "mai secawe" hehe...

Tadi dah la  satu hari tak study apa pun, Mr. Fatah punya pasal la ni. hehe salahkan orang pulak, macam kisah bangau je...

bangau oh bangau
kenapa engkau kurus
macamana aku tak kurus
ikan tak mau timbul2x
ikan oh ikan
kenapa engkau tak mau timbul
macamana aku nak timbul
rumput panjang sangat2x
rumput oh rumput
kenapa engkau panjang
macamana aku tak panjang
sambung la sendiri ye
tak larat nak taip dah huhuhu.....

Tak belajar kang, macamana nak jadi pandai tapi bila belajar kang, banyak pulak cabaran-cabarannya. Kalau tengok orang lain punya flow study lancar je tapi aku punya flow sangkut-sangkut. Adakah akalku tidak sebijak orang lain? Aku pun tak pasti...
Apa la nak jadi dengan ainon ni...?

Ya Allah, ampunkanlah aku dan permudahkanlah perjalanan hidupku aminnn...