my playlists


Saturday, January 10, 2009

Wahai Kerajaan Mesir, Bantulah Rakyat Gaza!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah semalam aku berpeluang turut serta dalam perhimpunan & perarakan aman 1000 mahasiswa dari masjid as-syakirin KLCC ke kedutaan Mesir yang jaraknya lebih kurang 3km. Perhimpunan dan juga perarakan ini bertujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang nasib yang dialami oleh rakyat Gaza, Palestin. Dalam masa yang sama juga untuk menyerahkan memorandum kepada kedutaan Mesir. Aku amat kesal dengan tindakan yang dibuat oleh kerajaan Mesir yang tidak mahu membuka sempadan Mesir-Gaza. Padaku ini adalah satu tindakan kejam dan menzalimi saudara seakidah kita di Gaza. Kenapalah kerajaan Mesir berbuat demikian? Adakah kerana tidak mahu periuk nasinya ditabur pasir oleh Israel atau kerana apa? Aku cukup tidak mengerti dengan sikap yang diambil oleh kerajaan Mesir ini.

Apalah salahnya kalau kerajaan Mesir membuka pintu sempadannya itu. Dapat juga meringankan beban penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Gaza. Entahlah manusia ni bila bukan Allah yang pertama di hati, maka pelbagai kezalimanlah yang akan merajai hati. Seolah-olah perikemanusiaan tidak wujud lagi di lubuk sanubari. Mungkin apa yang dilakukan oleh kami para mahaiswa ini, tidaklah seberapa tapi sekurang-kurangnya dapat membuka mata Kedutaan Mesir yang tertutup itu dan dapat menyedarkannya yang mungkin barangkali sedang terlelap seketika.

Alhamdulillah terasa puas apabila laungan takbir kami disambut oleh para pemandu dan penunggang motosikal dengan dibunyikan hon kenderaan masing-masing menunjukkan tanda sokongan. Di samping berarak, kami juga sempat mengedarkan risalah-risalah yang terkandung rentetan peristiwa pengeboman Israel ke atas Gaza kepada orang ramai yang berdekatan. Semoga mereka sedar dan faham dengan apa yang sedang berlaku di Gaza sekarang dan moga-moga mereka mampu untuk bersolat hajat dan berdoa bagi yang muslim dan menyatakan simpati bagi yang bukan muslim. Amatlah besar harapan kami agar mereka turut sama memboikot barangan keluaran Amerika agar lumpuh dananya yang disalurkan kepada Israel.

Hidup Islam! Hancur Yahudi! Khaibar Khaibar Khaibar ya Yahud! Jaisy Muhammad saufa ya'ud!

p/s: Bacalah Qunut Nazilah setiap hari, tujukan khusus untuk Gaza, Palestin. Semoga kemenangan milik ummat Islam!

No comments: