Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah pagi tadi saya berpeluang ke PASTI ILMI di Permata. Itu pun sebab dijemput ke sana untuk menolong proses pendaftaran adik-adik yang baru nak masuk PASTI untuk tahun 2009 ni. Mujurlah pagi xde kelas, so bolehlah ke sana sekejap sebelum pukul 11am sebabnya kelas saya pukul 11 baru mula. Emm... Manja betul adik-adik ni. Ada setengah tu berjujuran air mata, punyalah dia menangis bersungguh betul! Malah, yang teresak-esak pun ada. Hai.. macamanalah nak belajar kalau macam ni. Sampaikan mak ayah kena tunggu, kesian... Adik-adik ni dalam lingkungan umur 5-6 tahun, yang mana yang dah bersekolah tahun lepas tu ok lah tapi yang baru 1st time datang ni, ya Allah... Syahdu betul melihatnya. Padahal mak ayah ada sekali kat situ, tapi menangis jugak. Hmm... nampaknya mak ayah pun kena masuk PASTI balik la :-) Jenuh jugaklah nak memujuknya... Kena la gosok-gosok belakang dan pujuk-pujuk sikit bagi dia rasa berani dan tak takut. Maklumlah budak-budak, mungkin sebelum ni tak pernah kena tinggal kot. Tak pun tak biasa dengan tempat orang ramai. Namun ada jugak yang nampak bersemangat dan yakin, haa... macam nilah bagus kan?!
Oleh kerana hari ini merupakan hari pertama persekolahan, maka cikgu kat situ pun memutuskan untuk menamatkan sesi lebih awal iaitu lebih kurang pukul 10.30am. Kiranya sesi pembelajaran tak dimulakan lagi untuk hari ini, cuma cikgu bagi buku-buku je dulu.
But, what i'm try to say here is... Kanak-kanak ni sebenarnya perlu dilatih atau pun dididik untuk jadi berani dan kena ajar mereka bergaul dengan orang ramai terutamanya dengan rakan-rakan yang umurnya lebih kurang sebaya dengan mereka. Baharulah mereka tidak takut bila hendak menjejakkan kaki ke sekolah. Jangan biarkan mereka jadi penakut dan terlalu manja sampaikan tak boleh nak 'berenggang'( asyik berkepit) dengan mak ayah. Kalau kat rumah tu latih-latihlah mereka berdikari sikit-sikit. Saya kira tidak salah andainya kita menyuruh mereka membuat sesuatu perkara sendiri tetapi mengikut kemampuan mereka la contohnya mengemas barang-barang mainan mereka sendiri, mandi sendiri, makan sendiri dan minum sendiri, tak perlulah bersuap kalau dah masuk umur 4 atau 5 tahun tu. Baharulah mereka akan belajar berdikari sedikit demi sedikit. Cumanya kita perlu memantaulah setiap apa yang mereka buat tu. Kalau ada yang salah, kita tolong betulkan. Hmm... terasa macam kita pula yang 'mak budak', padahal kahwin pun belum hehe... Sebenarnya, apa yang saya kongsikan ni berdasarkan pengalaman saya dengan anak-anak buah saya. Saya boleh nampak la yang mereka akan berdikari (buat sendiri) dalam banyak perkara yang mereka boleh buat dan bila masuk pra sekolah pun bersemangat, xdenye nak nangis-nangis macam adik-adik kat PASTI ILMI tadi.
As a conclusion... Pandai-pandailah mak ayah mendidik dan melatih anak-anak kerana ibu dan bapalah sebenarnya guru pertama mereka. Anak-anak ni ibarat kain putih, macamana kita corakkan mereka, maka jadilah mereka seperti apa yang kita corakkan. Ok cukuplah skadar itu, semoga bertemu lagi! :-)
p/s: apa yang baik jadikan teladan dan apa yang tak baik jadikan sempadan atau pengajaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment