Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah malam tadi Allah bagi kesempatan kepada saya untuk menghadiri forum isu kalimah Allah yang diberi tajuk oleh pihak penganjur "Allah, Siapa Punya?". Saya pergi ke chinese assembly hall bersama maziyah dan jugak Amee.. Itu pun dengan bantuan Zaki Sukery dan jugak Ustaz Syaari yang bagi direction kat kami, dua tiga kali jugaklah 'hello' kat diorang untuk sampai ke sana. Alhamdulillah jam 8.20pm +- kami sampai di sana kerana bertolak dari UIA jam 6.55pm. Sampai sahaja di sana kami bergegas mencari surau untuk menunaikan kewajipan terlebih dahulu. Kemudian selepas selesai solat isya' kami bertapak ke dewan tersebut dan sebaik sahaja masuk kami lihat dewan dah penuh sampai ke belakang. Mana tak penuhnya, berdasarkan maklumat yang saya dapat malam tadi participant yang hadir seramai 1050 orang. Forum ni kalau dalam tentatifnya ia mula pada pukul 7.45pm, tapi saya tidak pasti adakah ia mula tepat pada waktunya atau tidak kerana tak punya kesempatan untuk bertanya pada hadirin yang lain. Ah! Biarlah, yang penting saya dapat sesuatu daripada forum malam tadi.
Ahli panel malam tadi seramai 7 orang (macam bilangan anak nabi pulak :)..) Dan antara yang saya ingat ialah Dr. Farid Shahran (lecturer UIAM/ABIM), Br. Shah Kirit, YB Khalid Samad dan Datuk Azwira, 3 orang lagi saya lupa nama, cina sorang je kalau tak silap saya. Then, moderatornya tidak lain tidak bukan adalah Faridzul Nasaruddin, bekas presiden Ma'ruf Club UIAM.
Ok ini antara kesimpulan daripada ahli2 panel yang sempat saya dengar hujah2 mereka pada malam tadi:
1. Datuk Azwira (DA)
DA kata, pada pendapat dia kalimah Allah bukan ekslusif untuk orang Islam sahaja dan antara hujah2 dia ialah, orang Arab Kristian jugak menggunakan kalimah Allah dalam bible mereka. Begitu juga dalam sejarah pun, agama Yahudi juga menggunakan kalimah Allah, contohnya mereka kata Uzair itu anak Allah, begitu juga Kristian, mereka kata Isa itu anak Allah. ini berdasarkan kisah yang disebut dalam Alquran sendiri.
2. Dr. Farid Shahran (DF)
DF kata, pada pendapat dia adalah tidak munasabah jika orang Kristian hendak menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan kepada God, ini kerana kalimah Allah adalah sesuatu yang suci bagi orang Melayu Islam dan di Malaysia khususnya. Jika dilihat semula pada sejarah, orang Islam menggunakan kalimah Allah sejak daripada turunnya Islam (Alquran) pada zaman Rasulullah lagi dan penggunaannya tidak pernah diubah sehinggalah ke hari ini. So, orang Islam tidak boleh terima sekiranya kalimah Allah ini diperkotak-katikkan kerana kalimah Allah adalah kalimah suci dan ia tidak boleh disekutukan sebagaimana yang orang Kristian nak guna iaitu merujuk kepada TRINITY. DF menambah lagi, sekiranya mereka (Kristian) nak terjemah jugak word God tu, so gunalah Elohim atau Adonai sebagaimana orang Yahudi guna sebelum Kristian timbul (refer to OLD TESTAMENT for further explanation).. Saya kira pendapat DF ini logik dan boleh diterima akal kerana agama Kristian adalah kesinambungan agama Yahudi sebagaimana yang saya pelajari melalui old testament dan new testament (Bible).
3. Br. Shah Kirit (BS)
BS pula kata, pada pendapat dia, orang Kristian sepatutnya mempersoalkan tentang penggunaan kalimah Allah ini sebagai pengganti God. Ini kerana dari segi bahasanya, God kalau diterjemahkan ke dalam bahasa melayu Tuhan, bukannya Allah. God itu umum dan Allah itu khusus, so tidak kenalah jika mereka menterjemahkannya sebagai Allah tapi terjemahlah sebagai Tuhan, baru kena dengan maksudnya yang sebenar. Then, dia ada sebut beberapa ayat daripada bible seperti Matthew dan Luke tapi saya tak ingat ayatnya sekarang sebabnya kertas yang saya tanda tu tertinggal kat Mahallah. Dalam ayat2 tu BS kata kalau word God/Father ditukar kepada Allah jugak, adakah orang Kristian setuju..? BS maksudkan ialah bible yang dalam bahasa Inggeris. Antara yang saya ingat ialah jika ditukar word God/Father itu kepada Allah, maka orang Kristian sendiri akan confuse hehe.. kerana ayatnya akan jadi macam ni.. "Oo Allah, Please help me.." lebih kurang la ni sebabnya saya tak ingat sangat la. Tak pe nanti saya betulkan di entry akan datang ye. Maaf la ye sebabnya ingatan tak berapa nk ok sekarang huhu..
4. YB Khalid Samad (YB KS)
YB KS kata, "Kita orang Islam dengan orang bukan Islam... Saya duk fikir2, duk tanya2 apa bezanya kita ni ye?" then dia jawab, "UMNO!" hehe.. YB KS kata, isu kalimah Allah ni isu kecik je sebenarnya tapi telah dibesar2kan oleh UMNO. Kalau orang bukan Islam nak guna kalimah Allah ni, biarlah mereka guna, lagi pun dalam quran Allah ada kata, mafhumnya lebih kurang macam ni (maaf saya tak ingat ayat berapa n surah berapa, nanti saya cek balik!)... Jika kamu tanyakan kepada mereka (orang kafir), siapa yang menurunkan air daripada langit? nescaya mereka menjawab Allah. So YB KS berpendapat, ini merupakan salah satu jalan dakwah, maksudnya sekirany kita membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah sebagai ganti God adalah salah satu jalan dakwah kerana ia akan membawa mereka kepada berfikir tentang Allah.
Inilah sahaja kesimpulan yang dapat saya buat berdasarkan ingatan saya yang tidak berapa hebat ini, mungkin sahabat2 boleh tanya sahabat2 yang lain yang pergi Forum ni untuk mendapat maklumat yang lebih detail lagi daripada apa yang telah saya catatkan kat sini. Wallahu a'lam!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
asik kata nk sambung jer tp semua entry xde ending nye...pending all this while
Huhuhu.. tu la asik dtg idea baru je, so yg lm x sempat sambung uhuks! i/Allah akan disambung, itu janjiku.. tunggggggggu ye!
Post a Comment