my playlists


Tuesday, December 22, 2009

Magnet Diri

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah aku bersyukur pada Tuhan kerana tercapai jugak hajat aku nak baca buku 'Magnet Diri' karya abang Amin Idris. Actually buku ni aku pinjam daripada sahabatku, Sulastri. Thank you Su :)

Memang buku ini bermagnet, pegang sekali terus melekat hehehe...

Aku seronok membaca buku ni kerana ia bercerita kepada kita macamana nak jadi berpengaruh. Kita tak perlukan pangkat untuk jadi berpengaruh, sebaliknya kita cuma perlu ada kasih sayang dalam menjalinkan hubungan sesama manusia. Kita juga kena selalu memberi agar insan2 di sekeliling kita menyedari akan kewujudan kita. 

Sebagai insan yang bermagnet, apabila kita ingin dihormati, kita terlebih dahulu kena menghormati kerana aliran yang dihasilkan mestilah berlawanan seperti 'cas negatif' kena bertemu dengan 'cas positif' barulah ia akan menghasilkan tarikan. Begitu juga kalau kita ingin menerima, kita terlebih dahulu kena memberi. Aku kira penjelasan aku ini dapat difahami.

Cara abang Amin menyampaikan idea magnet diri ini sangat bagus tapi aku terperasan yang caranya hampir sama dengan gaya penulisan Stephen R. Covey yang mana bukunya '7 Habits' yang pernah aku baca. Maksudku sama dari segi gaya dan teknik di bahagian akhir di setiap topik yang dibincangkan iaitu ada latihan. You all bacalah ye, nanti you all akan tahu apa maksudku.

Aku sebenarnya baru baca sikit, kat bahagian awal je baru. Aku tak larat sangat nak membaca sebabnya dah 2 hari aku demam dan batuk, namun sebab curious sangat nak tahu pasal magnet diri ni, aku berjaya menguatkan diriku untuk membaca setakat yang aku dapat ni. Aku nak baca lagi sebab buku ni sangat bermanfaat dan boleh membantu aku menjadi manusia bermagnet. Nanti senang nak tarik orang hehe.. Tarik untuk buat baik ea... bukan tarik sebarang tarik :p

2 comments:

mamariesya said...

moknik,lawa profile pic moknik tue tp kalo moknik tuka buh hak comey lg molek kot..abih senget ppalo diyo...hahaha

Banafsaji said...

xpolah senget pn jnj tuan yo x senget hehehe...