my playlists


Thursday, July 30, 2009

ALHAMDULILLAH

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah syukur kepada Tuhan kerana masih lagi memberi peluang kepadaku pada hari ini untuk melihat duniaNya yang indah ini dan masih lagi boleh bernafas dengan sempurna dengan udara kurniaanNya ini.

Aku harap sahabat-sahabat juga dapat menikmati apa yang aku nikmati ini dan semoga kita memperbanyakkan ucapan syukur kita kepadaNya di atas kasihNya yang tidak terbatas buat kita semua. Begitulah betapa pemurahnya Tuhan terhadap kita hamba-hambaNya di bumi ini. Oleh itu, sebagai tanda terima kasih kita kepadaNya, kita hendaklah memelihara dan menjaga nikmat-nikmat kurniaanNya sebaik mungkin agar esok hari dan seterusnya kita berpeluang lagi untuk menikmati apa yang kita nikmati hari ini.

Mindaku agak beku di pagi ini kerana aku sudah lama tidak menulis dan bercerita di blog ini, terasa ideaku kering kerana sudah agak lama tidak mengalirkan kata-kata dan ayat-ayat di sini. Namun aku berharap semoga hari ini menjadi pencetus bagiku untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas di sini.

Akhir kalam, aku memohon maaf daripada semua pembaca blog ini sekiranya aku ada menyinggung hati-hati kalian semua. Aku sedar yang diriku cukup kerdil dan tidak punya ilmu yang banyak. Oleh itu setiap teguran dan nasihat kalian semua terlalu aku dambakan. Ok aku berundur dulu, semoga kita berjumpa lagi. tataa...

Wednesday, July 8, 2009

Salam Rindu

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam rindu buat semua...
Sudah lama saya tidak update blog ni, kesian kat dia sebab tak dihiraukan. Bukan tak nak update tapi masa tak mengizinkan. Yelah semua benda perlu diberi perhatian, so tak sempat nak jenguk blog, bukannya tak jenguk langsung, jenguk jugak tapi tak sempat nak tulis. So bila dah ada kesempatan ni boleh la berceloteh sikit.

Sepanjang tempoh hibernate ni dah macam-macam berlaku sebenarnya sampaikan nak cerita yang mana satu dulu pun dah tak tahu dah. Actually saya kat kelantan sekarang ni, balik hari isnin lepas. Cumanya saya rasa untuk kali ni saya nak sentuh pasal kehidupan rumahtangga dunia hari ini kerana saya tengok dah banyak sangat isu perceraian di highlight kan dalam media hari ini terutamanya berkaitan perceraian artis.

Well, semua orang nak merasa hidup berumahtangga tapi ilmu tentang rumahtangga tak dipelajari sepenuhnya, so macamana nak tadbir rumahtangga yang merupakan satu unit yang sangat penting dalam sesebuah masyarakat. Pada saya, kahwin atau nikah ni senang je tapi yang susahnya nak jaga perkahwinan tersebut. Kalau ilmu tentang rumahtangga tak tahu so tak payah berangan nak kahwinlah. Justeru itu, saya cadangkan pelajari ilmu rumahtangga tu dulu sebelum berangan nak kahwin. Kalau dah tahu dah selok belok hidup berkeluarga ni macamana, ha baru boleh kahwin. Ilmu rumahtangga ni banyak ye sahabat-sahabat, bukan sekadar tahu nak layan suami atau isteri sahaja tetapi merangkumi segenap aspek. Ibarat kata, kita nak tadbir sebuah negara, kena ada PM, TPM, Menteri-menteri dan yang seangkatan dengannya. Ha baru tahu ye, ingat senang ke nak tadbir rumahtangga ni. It's not easy ok, but every person can do it if they learn how to manage their family.

Kahwin ni bukan sebab tak nak terjebak dengan maksiat semata-mata tetapi kita nak meramaikan umat nabi, nakkan kebahagiaan keluarga, nakkan kaum kerabat yang ramai, adik beradik, ipar duai dan sebagainya. Kalau boleh nak hidup dengan rukun dan damai. Hidup antara suami isteri tu nak saling bekerjasama dan saling kasih mengasihi. Bukannya kahwin, kemudian dapat anak 2,3 orang, then suami mula tak nampak isteri tapi duk nampak perempuan lain yang lebih cantik di luar sana. Padahal bukannya cantik sangat pun tapi mata suami sudah pun dihiasi dengan jarum-jarum syaitan yang cuba menghancurkan rumahtangga tersebut, so perempuan hodoh pun nampak cantik.

Ngantuk la pulak, dah pukul 12.30am ni, sambung la pulak, tak larat dah. Lagi pun pc yang saya guna ni dia punya keyboard dah tak nampak huruf, so menaip pun macam orang buta je. k lah tataa... c u soon