my playlists


Wednesday, May 13, 2009

Inginku Bercerita

Bismillahirrahmanirrahim

Sudah lama tidak menulis di blogku yang tercinta ini. Maka hari ini ingin aku bercerita kepada sahabat-sahabat semua... Ceritanya begini, pada suatu hari... hehehe... tak delah macam panglipurlara pulak. Sebenarnya hari ini, genaplah usia keretaku 2 bulan, tapi malangnya sebelum mencapai usia 2 bulan, ia telah tercedera akibat kecuaian sahabatku sendiri. 2 hari lepas, dia meminjam keretaku untuk pergi membeli kelapa kerana dia sekarang ini membuat bisnes kelapa jelly. Entah macamana malang tidak berbau, ketika dia hendak masuk ke simpang di sebelah kanan, tiba-tiba... Dummm! Sebuah motosikal, entah makhluk mana yang tunggang melanggar side kiri keretaku. Kemek kat bahagian kiri sebelah atas tayar, senang cakap kat area bonet depan la tapi side kiri. Suwey betul! aku ni kira ratu pecut jugak la hehehe... mana taknya kalau kat highway mesti over 1ookm/j, tapi tak penah pulak langgar melanggar nih... huhuhu sedih tul bila jadi camni tapi dia janji dia nak tanggung semua kos membaikpulih keretaku. Aku bukan nak berkira tapi... aku pun tengah tak de duit ni sebabnya setiap 13hb aku kena sediakan rm273 untuk bayaran keretaku ini. Lagi satu, yang sedihnya sebab kelapa yang dicari tak dapat pun tapi musibah pulak yang menimpa. Hmmm... mungkin sebab aku ni lalai kot, so Allah datangkan teguran untukku melalui cara ini agar aku sedar dan bersegera mendekatkan diri kepadaNya... Itulah kisahnya

Ok lah aku pun agak busy sekarang ini kerana bisnes mula nak maju. So kita jumpa lagi yea. Tataa :-)

No comments: