Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Allah teruknya aku sem ni. Segala benda tak terurus dengan baik. Kusut jadinya. almaklumlah, nilah 1st sem aku mula buat part time dan jugak mula meniaga secara kecil2an. Kelas pulak setiap hari selasa dan khamis full giler, start kul 8.30am hingga 5.00pm, cuma gap kul 11.30am sampai 2pm jer. Hari isnin dan rabu pulak, kelas kul 11am hingga 12pm dan 3.30pm hingga 5pm. Manakala hari jumaat pulak kul 11am hingga 12pm je. Punyalah jadual tak cantik langsung, menyebabkan aku jadi kaki ponteng huhuhuhuhu...
Adusss! Malunya aku pada lecturer2 ku. Betapa aku bukanlah seorang student yang baik. Wahai lecturer2 ku, maafkanlah student you all ni coz tersangatlah tak berdisiplin. Hmmm... Macamanalah aku nak jadi orang yang berjaya kalau inilah tabiatku?!..... Aku cuma tinggal 2sem aje lagi, 1sem pendek dan 1sem panjang. Ya Allah bantulah aku memperbaiki diriku ini, semoga aku menjadi seorang student yang cemerlang dari segi akademik dan jugak akhlaq serta adabku dengan lecturer2 serta ibu bapaku. Ya Allah, ya Tuhanku... Ampunkanlah dosa2ku yang lalu... Semoga aku tidak mengulanginya lagi di masa akan datang. InshaAllah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment