my playlists


Sunday, March 8, 2009

MAULID RASUL

Bismillahirrahmanirrahim

Salam maulid rasul kepada semua pengunjung blog ku ini.
Saya sayang u all kerana Allah dan kerana RasulNya.

Pertama sekali, terima kasih kerana menjadi pengunjung setia blog saya ini. Semoga sokongan kalian akan lebih memberi semangat kepada saya untuk terus mengambangkan bakat penulisan saya ini, insha Allah.

Sempena maulid rasul yg ke 1483 ini, kita semua dapat menghayatinya sepenuh jiwa dan raga kita agar apa yang diperjuangkan oleh rasulullah itu dapat kita fahami dengan mata hati kita. Perjuangan baginda sangat panjang dan bukan sekejap, tapi lama dan penuh denagn pelbagai mehnah dan tribulasi yang pelbagai bentuk dan rupa, ada yang berbentuk fizikal dan ada juga berbentuk mental, ada yang ringan dan ada yang berat, ada yang berbentuk bujukan dan rayuan dan ada juga yang berbentuk makian dan cacian. Wah! Hebat kan, dugaan dan cabaran yang rasulullah hadapi untuk mengangkat islam ke tempat yang sepatutnya, malahan untuk menyebarkannya juga teramatlah sukar namun tidak mustahil untuk islam itu tersebar.

Therefore, kita di mana??? Adakah cabaran kita juga sehebat dan sedahsyat itu??? Tepuk dada tanyalah iman kita wahai sahabat-sahabat sekalian. Kita hidup di zaman yang sudah terlalu jauh daripada Nabi kita, sudah lebih 1400 tahun baginda pergi meniggalkan kita tapi ada warisan yang Nabi tinggalkan untuk kita iaitu ALQURAN & ASSUNAH. Inilah panduan dan ikutan kita sahabat. Rasulullah telah tunjukkan contoh @ qudwah yang sangat cantik untuk kita ikuti, cuma yang tinggal, adakah kita mau atau tidak?

Kalau orang nak kahwin, MALU tapi MAHU... Tapi kita bukan nak kahwin, adakah kita juga malu tapi mahu? kita mahu ikut Nabi tapi malu kat kawan-kawan, kita mahu mencontohi Nabi tapi malu kat masyarakat, takut dikatakan kita ini manusia kolot yang ketinggalan zaman sebabnya selalu ke masjid, pakai tutup aurat (tak up to date), makan guna tangan, dan macam-macam lagi seribu satu benda yang menyebabkan kita mahu tapi malu... Di sinilah kita dapat mengukur sejauh mana kecintaan kita kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW ini. baginda adalah penghulu kita, tapi adakah kita ikut apa yang penghulu kita arahkan kepada kita? adakah kita ikut apa yang baginda ajarkan kepada kita???

Tepuk dada tanyalah iman kita wahai sahabat-sahabatku yang kucintai sekalian.
Cukuplah sekadar itu dulu semoga beretmu lagi di lain kesempatan.
Wallahu a'lam. k tataa... c u all later :-)

No comments: