Bismillahirrahmanirrahim...
Semalam adalah 6 jun. 6 jun merupakan hari keputerianku setiap tahun dan semalam merupakan hari keputerianku yang ke 27. Hmmm... pejam celik pejam celik, dah 27 tahun 1 hari aku hidup rupanya. Namun, aku gembira pada tahun ini kerana menjelang hari keputerianku kali ini, aku telah pun bergelar tunangan orang dan yang paling mengembirakanku ialah pada 5 jun malam, tunangku buat pertama kalinya berada di KL bersamaku sempena menyambut datangnya 6 jun. Kami dinner sama-sama sambil ditemani seorang sahabatku. Sebenarnya, pada mulanya, dia bersama dengan sahabat-sahabatnya makan di restoran satey kajang kat Greenwood. Kemudian dia menelefon aku menyuruh aku datang ke tempatnya, lalu aku mengajak seorang sahabatku untuk menemaniku ke situ. Setelah semua sahabat dia selesai makan, mereka bergerak pulang kerana azan maghrib telah pun berkumandang. Justeru itu, tinggallah kami bertiga menghabiskan sisa-sisa air di gelas sambil menunggu satey yang sedang dibakar untuk dibawa pulang.
Actually, tunangku datang ke KL kerana menghadiri MUKTAMAR PEMUDA PAS. So. sambil menyelam minum air hehehe... Tu pun bukan main payah nak jumpa sebabnya KETUA PEMUDA JELI tak bagi kami jumpa, hmmm tak tahulah apa sebabnya, padahal bukan berdua-duaan pun, beramai-ramaian hehehe... But maybe, he had a reason why...
Eh! melalut bercerita pasal tunang pulak kali ini. Padahal baru berapa hari jadi tunangan dia, actually kami bertunang pada 30 mei yang lepas. So, kiralah baru berapa hari aje kan? But nevermind, apa yang penting...? Kerjasama... hehehe.. eh tak de lah, apa yang penting, aku sangat mencintai dia dan aku berdoa semoga kami sentiasa berada di bawah bimbingan dan petunjuk Allah sokmo-sokmo. Semoga jalan da'wah yang menemukan kami ini dapat mentsabatkan hati kami di medan juang ini. Kami dipertemukan untuk sama-sama memikul tugasan da'wah yang begitu berat ini. Dia faham apa itu perjuangan, dia selalu quote kata-kata tok guru bila bercerita kepadaku tentang perjuangan. So apa lagi yang aku harapkan daripada dia? Aku harap dia izinkan aku menjadi seperti khadijah ummul mu'minin atau pun seperti tuan sabariah yang begitu menjaga dan menitikberatkan makan minum, personaliti seorang suami yang sentiasa sibuk di lapangan da'wah dan di medan perjuangan untuk menegakkan kalimatullah di muka bumi ini umumnya dan di malaysia khususnya...
YA ALLAH, AKU MOHON PADAMU... SATUKANLAH KAMI HANYA KERANAMU DAN PERKENANKANLAH APA YANG KAMI MOHON DAN CITA-CITAKAN SELAMA INI... AMIN YA RABB
ALLAHU AKBAR!3X
Sunday, June 7, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)