my playlists


Wednesday, March 6, 2013

Islam Pilihan Kita

Bismillahirrahmanirrahim

Apa pilihan hidup anda?
Kalau saya, pasti saya pilih cara hidup Islam
'Islam is my way of life'
Anda pula macaman?
Kalau pilih islam, pilihlah yang menyeluruh
jangan pilih yang separuh-separuh.
'Masuklah kamu ke dalam islam keseluruhannya'
ada ayat quran sebut tapi keyboard saya tak ada huruf arab so x boleh nak tulis

Percayalah! Bila kita masuk sepenuhnya ke dalam islam 
pasti kita jumpa keindahannya.

Mengapa tidak?
Islam itu bersih
Islam itu aman
Islam itu sejahtera
Islam itu bahagia
Islam itu menepati masa
Islam itu menepati janji
Islam itu tidak menindas
Islam itu jujur
Islam itu setia
Islam itu patuh
Islam itu taat
Islam itu menyerah diri sepenuhnya kepada Allah
Tuhan yang mencipta kita..

Nah! apa lagi yang kita cari kalau bukan yang ini di dalam hidup kita.

Tepuk dada, sama-samalah kita tanya iman kita... Salam sayang untuk semua saudara seagama dan salam sejahtera untuk semua saudara berketurunan Adam dan Hawa...

Tuesday, March 5, 2013

jgn kerana harta kita jadi buta

Bismillahirrahmanirrahim

hari ini kita dapat lihat ramai orang menjadi buta kerana harta dan wang ringgit...
rasuah menjadi hidangan dan suapan setiap hari. halal dan haram sudah tidak dihiraukan.
apa yang ada dalam kepala duit, harta, dan kekayaan. daripada mana ia datang sudah tidak penting. tapi apa yang penting kaya dan berharta. manusia rela menjadi hamba duit dan hamba kepada orang yang berduit.
kalau disuruh menjilat ludah pun pasti dijilat kerana mata hanya sudah nampak wang dan buta untuk melihat kotorkah atau bersihkah sumber duit itu datang.

Sunday, March 3, 2013

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah Allah itu maha pengasih dan penyayang sifatNya. Dia datangkan musibah kepada diriku kerana mahu aku sedar drpd kelalaianku selama ini. Syukur padaMu ya Allah kerana masih lagi beri peluang kepadaku untuk terus hidup dan bernafas di bumiMu ini,Alhamdulillah ya Rahman Alhamdulillah ya Raheem...

Saturday, January 26, 2013

Seronok!

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah seronok saya rasa 2 3 hari ini. Tak tahulah, mungkin Allah hadiahkan keseronokan ini untuk saya kecapi dan nikmati serta supaya saya hayatinya betul-betul.

Hari selasa nanti kat sekolah kebangsaan sungai rual ini akan diadakan satu majlis iaitu majlis penyampaian bantuan persekolahan yang khabarnya akan diserahkan sendiri oleh Menteri perdagangan iaitu Dato' Mustapha Muhamed. Saya pula ditugaskan untuk menjadi MC bagi majlis ini bergandingan dengan ustaz Najib. huhuhu... cikgu-cikgu kat sini saje je nak kenakan saya, sebab majlis maulidur rasul baru2 ni saya dah kena jd MC.. takpe redha ajelah...

Tuesday, January 22, 2013

Bismillahirrahmanirrahim...

SK Sg. Rual, my new journey of life...
I'm here to educate children of aborigine people.
Something different and new to me.
But I try to suit myself here... suit with children, parents, teachers, and community here..
Perhaps I can.
Friends, please pray for me...

Wednesday, August 18, 2010

Rezeki

Bismillahirrahmanirrahim...

Orang kata rezeki ada di mana2, cuma kita kena rajin berusaha mendapatkannya. Tapi kalau nak rezeki lagi murah, jangan amalkan tidur selepas subuh kerana tidur selepas subuh ni menyebabkan rezeki mahal. Bak kata orang tua2, berpagi2lah mencari rezeki. Tengoklah ayam, rezeki dia murah sebab pagi2 lagi dah bangun. Walaupun dia kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tapi rezeki dia tak pernah putus. Sentiasa ada.

Itu kisah ayam, kisah binatang yang tak ada akal fikiran. So, kita manusia ni yang ada akal fikiran sudah tentu mampu beroleh yang lebih baik daripada dia, ye tak? Maka untuk mendapat rezeki lebih kita kena rajin2kanlah diri berusaha dan bekerja bermula pagi hari lagi. Kemudian hasilnya kita serahkanlah pada Allah untuk menentukannya kerana kita hanya mampu berusaha dan berdoa, selebihnya Allah yang akan tentukan.

Kalau Allah dah tetapkan rezeki kita, maka ia takkan menjadi milik orang lain kerana ia sudah tercatat untuk kita. Tetapi sebaliknya, kalau Allah dah tetapkan rezeki itu hak orang lain maka ia takkan menjadi milik kita walaupun ia dah berada di tangan kita. Jadi, kita kena redha la..

Wassalam...

Tuesday, August 17, 2010

Ya Allah.. Aku rindukan suamiku...

Bismillahirrahmanirrahim...

Sudah hampir 3 minggu aku tidak bertemu suamiku, hanya Tuhan saje yang tahu betapa rindunya aku pada dia... 2 malam lepas dia 'call' aku pukul 1 pagi setelah aku lena dibuai mimpi, so aku layan dia endah tak endah saje sebabnya tengah mamai, kemudian dia letak fon. But then, aku pulak yang tak lena tidur lepas tu sampai la pukul 3 pagi, so aku pun terus sahur takut2 lepas tu kalau tertidur tak sedar pulak pukul 5. Biasanya aku sahur pukul 5 pagi. Tapi disebabkan sahur terlalu awal aku jadi lemah. Petang tu jam baru 2.30pm tapi aku dah rasa macam nak pitam. Gelap mataku tapi mujur aku tidak jatuh tergolek kerana aku sempat mengawal diriku.

Petangnya pulak sebelum bukak puasa aku sudah tidak larat, untuk menapak ke bazar ramadan pun aku sudah tidak mampu. So, aku mintak tolong rumetku belikan makanan untukku. Masa bukak puasa, punya la makan sampai tak ingat dunia kerana lepas makan 'char kue teow' aku makan pulak buah2an sampai la kenyang sungguh. Ya Allah teruk betul aku ni. Malam tu pergi terawih, memang tak larat dan terasa letih sangat sampaikan bernafas pun termengah-mengah. Belum sempat witir lagi, aku dah tinggalkan dewan solat dan terus balik bilik. Ya Allah mengah sungguh. Kesian kat baby dalam perut ni mesti dia pun tak cukup ruang sebab ibunya makan banyak sangat...

Lepas tu aku serik! tak nak buat lagi dah macam tu, seksa rasa perut...