my playlists


Tuesday, October 6, 2009

Esok bermulanya...

Bismillahirrahmanirrahim

Esok adalah 8hb oktober 2009, bermulanya pesta konvokesyen di UIA di mana ia lebih glamour dengan nama 'convest'... Dijemput semua yang berkelapangan hadir untuk memeriahkan lagi convest ni kerana pelbagai aktiviti dan event2 yang hebat disediakan untuk para pengunjung. Ini termasuklah gerai-gerai makanan, gerai-gerai pakaian dan pelbagai gerai lagi disediakan sempena convest ni.

Rata-rata peniaga gerai ini adalah daripada kalangan pelajar UIA dan ada juga peniaga-peniaga dari luar. Inilah masanya, pelajar-pelajar yang meminati bidang perniagaan mengasah bakat mereka dalam bidang ini. Di samping itu, dapat juga menambah duit poket kerana kebiasaannya di hujung-hujung semester ni, ramai yang sengkek hehehe... Biasalah tu rutin seorang pelajar ni kadang-kadang memerlukan belanja yang besar terutamanya untuk membeli buku-buku dan nota-nota pelajaran termasuklah keperluan-keperluan lain yang diperlukan untuk melangsungkan kehidupan di alam kampus yang serba mencabar ini.

Orang yang tak pernah mengalaminya tak kan faham sepertimana orang yang melaluinya. Maksudnya, alam kampus ni tidaklah semudah yang disangka. Pelbagai ranjau dan onak perlu ditempuhi sebelum diri berjaya bergelar seorang graduan. Justeru itu, hargailah degree yang kita dapat dan manfaatkan pesta konvokesyen ini sepenuhnya terutamanya bersama orang-orang yang selama ini telah banyak berkorban untuk kita iaitu tidak lain tidak bukan ialah ibu dan bapa kita. Hari konvokesyen ini adalah hari untuk mereka menyaksikan kejayaan anak-anak mereka menerima segulung ijazah. Hari untuk mereka tersenyum gembira melihat anak ke pentas menerima scroll.

Oleh itu, gembirakanlah hati insan-insan ini dengan apa yang kita capai itu. Wassalam...

Refresh

Bismillahirrahmanirrahim...
Selawat & salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W...
Salam kasih sayang khusus kepada sesiapa yang membaca blog ini.
Doa saya semoga kalian semua diberi kesihatan yang baik oleh Allah SWT.

Sebelum saya mencoret lebih banyak lagi, izinkan saya menyusun 10 jari memohon maaf di atas kekhilafan diri ini.

Sudah lama benar saya tidak menjenguk blog ini, barangkali sudah kusam dimamah masa. Saya selama ni tidak berpeluang untuk menjenguk blog ini kerana beberapa masalah teknikal termasuklah terlupa password hehehe... Setelah beberapa kali mencuba tanpa berputus asa akhirnya saya berjaya mengingat kembali password saya, alhamdulillah...

Saya harap dapat refresh @ menyegarkan semula blog ini dengan coretan-coretan baru. inshaAllah.
















Monday, October 5, 2009

Apa cerita kat Bagan Pinang???

Bismillahirrahmanirrahim

Bagan Pinang oh Bagan Pinang...! Apa cerita ye kat BP sekarang? Saya dengar calon yang bertanding adalah Isa Samad (BN) & Zulkifley (PAS). Sibuk dengan assignment & presentation la sekarang ni, so tak sempat nak follow up isu kat BP ni... Sape-sape yang ada info, kongsi2 la yea. Wassalam.

Sunday, October 4, 2009

Syukur padaMu Ya Allah

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah... aku bersyukur kepadaMu ya Allah kerana telah membantu aku menyelesaikan masalah yang menghantuiku. Semoga aku lebih berhati-hati di lain masa bila berurusan dengan manusia. Akan aku jadikan ini sebagai pengajaran buatku. Menolong orang memang tidak salah, tetapi jangan sampai orang mempergunakan kita. Wassalam

Thursday, October 1, 2009

2 Oktober 2009: DON'T SIMPLY BELIEVE PEOPLE

Bismillahirrahmanirrahim

Today I just want to share my feeling with you all. Perhaps, it will help me to lighter my head. Actually, I faced a problem which was I thought that I had been cheated. A few months ago, a man from Pahang asked me to book booth for this coming CONVEST. The booth that he wanted was the full one, thus the price was RM1200, he promised to me to bank in the money into my account. Therefore, I had booked for him one booth but not using his money which the ammount was RM200. This was because he did not bank in the money into my account yet but I asked him the night before I booked, he said he want, so that's why I booked the booth from him using the money that I had.This happened two weeks before Hari Raya. But until now I did not recieved any money from him. Unfortunately, yesterday was the last day to make the full payment, but then I told the management committee to postpone the payment because of that reason. I did it due to several reasons which are if I cancelled the booth, I will lost the money (RM200), then last two night I called the man once again and the answer that I received was he still wanted that booth and once again he promised to me to bank in the money. However, I felt very sad yesterday because when I checked my account, the money was not there (If you all in my situation, how do you feel?). So, last night I cannot sleep because of thinking this problem. It really putting me in trouble. My mind spinning very fast because I tried to find any solution to settle this problem. I was a student, I did not have any permanent job yet, therefore I did not have money. The ammount of two hundred was too much to me. Thus, today I do not know how to do and what to do, I just leave it to Allah to help me out.

That's all I want to share with you all but one advice, don't simply believe people even though you know he or she. Wassalam.

Friday, September 11, 2009

Now my turn again...

Bismillahirrahmanirrahim...
Emm... sekarang turn saya pulak kena jaga CC. Last week, saya not in the list because 1st week kan. So hari ni saya masuk balik, maknanya saya mula jaga pukul 5.30 sampailah pukul 10 malam. Jadi, saya punya terawih malam ni tak leh wat berjemaahlah huhuhu... Tapi tak pe as long as kita buat, buat sorang pun tak ada masalah kerana ia bukan wajib dilakukan secara berjemaah. Namun, kebiasaannya orang akan buat terawih ni secara berjemaah, itu kelazimanlah. 

Ok lah nak cakap panjang pasal ni pun saya bukanlah pakar sangat, kan tersalah info pulak. Justeru itu, lebih baik saya tukar topik lain pulak. 

Aha hari ni merupakan hari terakhir saya berada di UIA untuk bulan ni lah sebabnya esok pagi saya akan balik kampung. Emm... Bestnya nanti dapat jumpa mak ayah yang sangat dirindui dan juga adik-adikku, Asmat dan Umi. So minggu terakhir Ramadan ni bolehlah saya spend masa bersama mereka, hmm... mesti seronok :-)

Alhamdulillah... UIA kali ni bagi cuti awal seminggu untuk kami menyambut Syawal. Baguslah, dapat kembali merasa bersahur dan berbuka puasa di rumah yang sudah sekian lama tak dapat dinikmati bersama my family. Nanti adalah yang akan mengejutkan untuk bangun sahur, sape lagi mak la hehehe... Tapi disebabkan anak-anak ni liat nak bangun sahur bila mak kejut, so terpaksalah ayah campur tangan hehehe bila dengar suara ayah, semua akan bergegas sebabnya tak tahan wooo... Kalau mak kejut macam ulit kita tidur kan tapi kalau ayah haa... Bangun! Bangun! tengah bermimpi pun terus pap! terhenti, terkejut maa... Biasalah... karakter seorang ayah memang macam tu, tegas dan berwibawa.

Aduh! termati pulak idea saya, minah ni lah kepoh betul, nak transfer pc pulak, ha kan dah tersilap transfer yang orang lain punya... Aduhh sorry ye dik, nasib baik awak bukan taip assingment, kalau tak mahunya kena retype. 

Aha, idea dah ada dah tapi idea nak 'tembak' orang pulak nih. Kita ni kan boleh tak kalau hidup jangan terlalu banyak menyusahkan orang. Try to be a good person as we can. Contohnya kan bila kita berjanji, janganlah kita sesuka hati memungkiri janji kita tanpa sebab yang munasabah. Cubalah penuhi janji tersebut selagi kita mampu lakukan. Sebenarnya maksud saya macam ni, contohnya kalau kita berjanji nak berbuka puasa dengan somebody la kan so kita kena arrange time kita betul-betul agar kita dapat tunaikan janji kita tu, ye tak? Cuba kalau orang tak tunaikan janji, apa perasaan kita? Of course la hampa kan, dah la hampa pastu hampas pulak.

Lagi satu, bab masa atau spesifiknya, punctuality aka tepati masa. Saya peliklah kenapalah orang Melayu ni susah sangat nak tepati masa. Kalau lewat 5 @ 10 minit tu it's ok la kan tapi yang sakit hatinya lebih 1/2 jam, so what kind of muslim you are? So 'lu pikir la sendiri' katanya Nabil... Tapi saya rasa orang yang tak tepati masa ni kan mesti solat dia pun di penghujung waktu, betul tak? Saya agak je lah, tak pernah la pulak saya buat research tentang perkara ni. Namun logik akal mengatakan 'Ya'... Sebabnya kalau orang yang solat di awal waktu, maka benda-benda lain pun dia akan jaga, maksudnya punctuality is in the first place. Senang cakap, dia akan tepati masa.

K lah dah pukul 7pm ni, so saya nak gi amek saya punya order pulak. Hari ni saya order nasi ayam goreng untuk wat buke pose... K c u all soon. Selamat berbuka :-) tataa...


Monday, September 7, 2009

BUAT KUEH RAYA

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam buat semua pengunjung...
Malas nak tulis banyak2 sebab tengah busy ni he3x... Duk buat kueh raya ni sambil berperang dengan si kecik Al Farabi. Kita sibuk duk buat kueh dia pun sibuk jugak ek ek 2x duk merengek mintak orang hiraukan dia. Biasalah budak kecik kan..!

Malam ni buat biskut 'red pirl cookies', malam tadi buat 'almond london' dan 'bunga-bunga cinta'... Hmm... ni lah kali pertama aku spend banyak masa untuk menghasilkan sendiri biskut raya, selalunya biskut tunjuk aje. Maklumlah tak pandainak buat kan. Ni pun dengan ihsan kakak iparku yang sudi mengajar aku dan adik maka terhasillah 3 jenis biskut raya ni. Alhamdulillah... Dapat jugak belajar ilmu buat biskut raya ni, tak de lah payah mana pun, cuma memerlukan sedikit kesabaran kerana nak menghasilkan sebotol biskut raya tu agak mencabar jugaklah. Daripada mengadun, membentuk dan seterusnya  membakar. Hmm... ni pn break kejap, bagi susu kat anak buah kejap sebabnya umi dia tengah sibuk membakar biskut. So, aku ambil alih tugas dia kejap hehehe... sambil-sambil belajar. Apa orang tua kata, sambil menyelam minum air hehehe... k tataa... jumpa lag...