my playlists


Monday, January 5, 2009

Satu Artikel yang Cukup Menarik!

ARTIKEL: 4 Cara membuang tabiat "buangmasa"

Pepatah mengatakan "Angin yang sama meniup kita, ianya bergantung kepada kita untuk melayarinya". Setiap insan mempunyai jumlah waktu yang sama dalam sehari, iaitu 24 jam. Apa yang menentukan kejayaan seseorang itu adalah kecekapannya dalam mengurus 24jam seharinya. Tabiat membuang masa, atau sering dikenali sebagai"procrastination" adalah tabiat yang merugikan kita. Sering kali,kita menunda-nundakan sesuatu kerja, sehingga produktiviti kita untuk mencapai kejayaan menurun.

Berikut adalah 4 cara bagaimana anda boleh membuang tabiat buangmasa ini: "Matlamat dikecilkan" Seringkali kita membuang masa oleh kerana melihat sesuatu kerja itu terlalu besar untuk ditangani. Adakalanya matlamat yang terlalu besar menyebabkan kita kurang berkeyakinan dan kurang bermotivasi untuk mencapainya. Dilihat seperti kerja yang bakal dilalui amat besar dan tidak kesampaian! Apa yang anda harus lakukan adalah, pecahkan matlamat yang besar itu kepada matlamat yang lebih kecil.

Matlamat untuk mengumpul 10ribu ringgit mungkin bunyinya besar, tetapi sekiranya dipecah kepada unit yang lebih kecil, iaitu menyimpan RM500 setiap bulan,matlamat akan tercapai juga dalam masa 20 bulan "Tingkatkan kekuatan tenaga" Sering kali kerja ditunda atau kerja tidak dapat disiapkan adalah kerana badan kita terasa penat. Mata kita terasa mengantuk dan tubuh kita tidak rasa selesa untuk meneruskan sebarang kerja. Sebab ini adalah, tidak kira sekeras mana anda kerja, tidak kira berapa jam anda melakukan tugas anda, sekiranya badan anda tidak mampu menahan bebanan tersebut, produktiviti anda akan berkurangan. Ambil masa untuk berehat. Tubuh manusia boleh bertahan pada tahap produktiviti yang tinggi dalam lingkungan 8-9 jam sahaja. Itu pun sekiranya mempunyai tubuh yang sihat.

Adakalanya, dengan hanya melelapkan mata atau menambahkan masa tidur anda di malam hari, ia akan menyegarkan semula tubuh anda untuk menjadi lebih produktif pada keesokan harinya. Sekiranya anda sering tidur 5-6 jam sahaja oleh kerana kerja yang banyak, saya cadangkan anda tambahkan masa tidur anda untuk menyegarkan tubuh anda. Lakukan aktiviti senaman dari masa ke semasa, kata pakar kesihatan tidak semestinya anda bersenam setiap hari, walaupun bersenam setiap hari adalah terbaik. Tetapi, beri masa untuk bersenam selang beberapa hari untuk menguatkan lagi tubuh anda dan daya ketahanan badan anda dengan tekanan kerja.

Jaga makan dan minum anda. Kita di Malaysia adalah dalam keadaan disadvantage oleh kerana makanan kita agak berat jika dibandingkan dengan makanan barat. Tetapi, perhatikan daya ketahanan mereka di barat gaya sihat. Tubuh mereka lebih kuat walaupun umur meningkat. Makan seperti ahli sukan dan bersenam selalu. Tubuh anda akan rasa sihat, badan anda akan rasa segar- ia akan menambahkan produktiviti kerja anda. Tiada lagi rasa malas dalam memulakan sesuatu kerja! Rujuk majalah Maskulin anda untuk tips-tips kesihatan yang sememangnya akan menjadikan insan yang lebih produktif!

"Suara positif" Bagaimana tindakan kita bergantung kepada suara yang sering kita masukkan di dalam minda kita. Buang segala suara-suara negatif seperti saya akan gagal. Saya tidak dapat melakukan kerja ini.Orang lain tidak akan suka dengan hasil kerja saya. Gantikannya dengan suara suara positif- saya akan berjaya, saya akan menyiapkan kerja ini dengan sempurna dan orang akan memuji hasil kerja saya. Jadi seorang yang optimis dan berfikiran positif, ini akan memudahkan segala kerja yang anda lakukan. Walaupun mungkin keadaan sekeliling menyebabkan perasaan anda lemah dan tidak bermaya,masukkan gambaran-gambaran positif di minda anda.

Terdapat satu istilah ini mengatakan bahawa kita gembira oleh kerana kita menyanyi. Dan bukan sebaliknya kita menyanyi kerana kita gembira! Mereka yang optimis akan...- Sering melihat segala kebaikan di keliling anda dalam apa keadaan sekali pun- Pelajari daripada apa sahaja kesusahan yang dilalui dan terima dengan hati terbuka- Sering mencari penyelesaian daripada masalah, dan bukannya memperbesarkan suatu masalah.

Orang yang berjaya sering mencerita tentang matlamat mereka. Mereka sering berceirta tentang masa depan dan bukan mengungkit masa silam. Lebih positif diri kita, lebih bersemangat dan lebih produktif kerja yang dilakukan oleh kerana kita akan menjadi seperti apa yang kita fikirkan selalu. Fikirkan boleh!

"Prinsip 80-20" Bagaimana kalau saya katakan anda boleh menjimatkan 2 jam dalam setiap hari anda. Sudah tentu, bunyinya agak menarik! Prinsip Pareto ini mengatakan bahawa 20% daripada masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasil daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain, produktiviti anda akan menurun selepas 20% masa anda diambil! Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat anda? Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas,bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategi bagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudah bersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasan tersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda dapat menyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam...atau 2 jam.

Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya. Kemudian, berhenti! Ya... berhenti dari melakukan tugasan tersebut.Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yangbenar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerja tersebut sudah 80% siap! Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepada kerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perlu hiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang sama iaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perlu diambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasan yang lain. Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80% daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepas kesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasan asal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan anda sudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat semula. Dengan menggunakan strategi Pareto ini, anda pasti teruja dengan kecekapan anda menangani masa menyiapkan beberapa kerja serentak!


Irfan Khairi
http://www.rahsiainternet.com/workshop

Friday, January 2, 2009

Experience Malam New Year!

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah pada malam sambutan tahun baru 2009, saya berpeluang mengikuti xpdc dakwah di Taman Tasik Titiwangsa anjuran GAMIS. Kalau tahun lepas, saya mengikuti xpdc dakwah anjuran pemuda pas pusat di KLCC. Dua pengalaman yang sangat memberi kesan pada diri saya sempena menanti tibanya tahun baru. Namun jika dibandingkan keramaian pengunjung di antara KLCC dan Taman Tasik Titiwangsa sangatlah ketara perbezaannya. Pada pengamatan saya, pengunjung di KLCC lebih ramai daripada pengunjung Taman Tasik. Ini mungkin kerana di KLCC suasananya lebih meriah untuk menyambut tahun baru compared to Taman Tasik. Kalau di KLCC, nak berjalan pun terpaksa berasak-asak tetapi tidak pula di Taman Tasik, suasananya lebih selesa dan terasa misi dakwahnya lebih berkesan. Ini berdasarkan apa yang saya rasailah. Kalau di KLCC dulu, apa yang kebanyakan daripada da'ie (pendakwah) buat ialah sekadar memberi risalah-risalah kepada mad'u (orang yang didakwah), ini kerana orang terlalu ramai dan suasananya teramatlah sesak. Sebaliknya di Taman Tasik, kami (para da'ie) berpeluang mandekati mad'u secara dekat. Maksudnya, kami berpeluang untuk slow talk, duduk bersama-sama mad'u dan berbual dengan mereka. Pada saya, cara ini more effective daripada kita just bagi risalah semata-mata. Sambil berbual, sedikit unsur-unsur nasihatkan diselitkan. Saya dan sahabat saya ada mendekati beberapa couple dan berbual dengan mereka. Daripada apa yang kami dapat, ada sesetengah mereka yang mengatakan baru pertama kali datang ke situ untuk sambut tahun baru, kalau sebelum ni mereka sambut kat rumah sahaja. Sambil bersembang tentang tahun baru, kami menyampaikan misi dakwah di samping bagi risalah kepada mereka. Risalah ni sebenarnya berkaitan gejala sosial, punca dan kesan dan ada diselitkan ayat quran yang berkaitan dan juga kata-kata nasihat. Alhamdulillah, mereka boleh terima apa yang disampaikan. Namun ada juga yang perli-perli, tapi kami buat don't know je. Biasalah bila kita nak sampaikan benda-benda baik ni ada orang yang susah nak terima. Itu sudah lumrah, so kena tahanlah sikit telinga tu bila nak mengajak orang buat baik ni. Itulah sedikit pengalaman yang saya dapat sempena menyambut tahun baru. Namun ia tidak berakhir di situ, tetapi berakhir di main entrance UIA. Kenapa saya kata begitu? Sebabnya ialah...jeng je jeng.... hmm macam suspen je bunyi. Sebenarnya ada beberapa orang di kalangan kami kena compound! Termasuklah diriku. Alasan pak guard dan mak guard menyaman kami ialah kerana balik lewat, melebihi jam 12. Huhuhu... Sape suruh balik lambat. kang dah kena. Itulah kelebihan UIA, kalau student balik selepas jam 12, maka akan disamanlah. Bagus kan UIA ni, sangat berdisiplin =) Tapi kami diberi peluang untuk appeal, kalau kena gaya tak payah bayar saman, tak pun akan dikurangkan daripada rm50. So pandai-pandai la nanti buat rayuan. Well, itulah pengalaman namanya. Kalau duduk terperap je kat bilik, takkan dapat semua ni. Inilah adventure nya hidup sebagai student dan juga da'ie. Semoga Allah memudahkan segala urusan. Ok jumpa lagi!

Tuesday, December 30, 2008

Salam Maal Hijrah!

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan salam maal hijrah buat semua sahabat dan pengunjung blog ini. Selamat tahun baru 1430H!

Bulatkan tekad dan kuatkan azam agar tahun baru kita kali ini menjanjikan sesuatu yang lebih positif dan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Semoga azam yang kita buat pada tahun ini adalah untuk peningkatan diri ke arah yang lebih diredai Allah.

Ambillah kesempatan ini untuk refresh niat kita di dalam setiap perkara yang kita lakukan agar keikhlasan niat kita sentiasa terpelihara. Sesungguhnya Allah akan menilai amalan kita berdasarkan niat yang kita qasadkan di dalam hati.

Lebih elok kiranya kalau kita dapat muhasabah balik setiap amal dan perbuatan kita pada tahun lepas agar kita dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada dan membetulkan kesilapan-kesilapan yang berlaku. Sesungguhnya kita bukanlah manusia yang sempurna, namun kita perlu berusaha untuk manjadi lebih baik.

Di samping itu, belajarlah daripada kesilapan, sama ada daripada kesilapan sendiri atau pun daripada kesilapan orang lain supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama. Manusia tidak akan terlepas daripada kesilapan kerana kehidupan kita adalah 'the process of learning'. And in the process of learning, man can not run away from doing mistakes. But then, from the mistakes we did, we learn new things and we correct ourselves. We learn throughout our life and at the same time we change ourselves to become better persons.

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa yang kita lakukan semasa kita jahil dan sentiasa menurunkan hidayah buat kita. Sekian, wassalam. Jumpa lagi di lain posting =)

Friday, December 26, 2008

Reconstruct sikit bagi menarik!

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.

Alhamdulillah... Setelah mendapat sedikit tunjuk ajar daripada izzahulfah, dapat juga saya reconstruct blog ni agar sedap sikit mata memandang. tqvm izzah! Belajar sikit2 nanti kalau dah pandai bolehlah menghias dan menambah 'decoration'nya lagi. Lagi pun awal2 sem ni, x lah busy sangat, so bolehlah luangkan masa untuk blog ni lama-lama sikit. Kalau ada sahabat2 yang ingin melontarkan idea, dipersilakan. Tak kiralah dalam bentuk untuk mencantikkan blog ni atau pun untuk meningkatkan mutu kandungan blog ni.

Sem ni, saya ambik 6 subjek je:
1. ITL (Intro. to law)
2. Issues in Tasawwuf
3. SOR 1 (Study of religion 1)
4. Islam & Psychology
5. Developmental Psychology
6. Research Methodology (Psychology)
7. Cooking Skill 2 (terlupa plak, ada satu lagi)

Sem ni banyak cuti sebenarnya, ramai lecturer dah mula risau takut tak sempat habis silibus, tapi studentnya entahlah risau ke tak, nampak macam happy je. Bagi saya, nak kata happy tu x lah sangat, tapi nak kata risau pun tak jugak, tengah2 la kot.

Cuma saya amat2 berharap agar Allah mengurniakan kesihatan yang baik untuk saya sem ni agar saya dapat menumpukan sepenuh perhatian pada apa yang bakal saya pelajari pada sem ni. Minggu ni pergi kelas, semuanya baru intro sikit2 je. Kelas x bermula sepenuhnya lagi. Harap2nya minggu depan akan start kelaslah.

Sekadar itu saje yang dapat saya kongsikan untuk kali ini. semoga bertemu lagi =)

Wednesday, December 24, 2008

Setelah lama menyepi...

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.
Aku bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakanNya
dan akan bersabar dengan segala ujianNya.
Setelah sekian lama aku tidak update blog ini, akhirnya aku diberi kesempatan pada hari ini untuk update blog ni.
Sepanjang tempoh ni macam2 perkara dah berlaku banjir, tanah runtuh, Thailand sudah bertukar presiden, Bush dibaling kasut, Mawi & Ekin kahwin dan macam2 lagi.
Begitulah kehidupan, pelbagai perkara berlaku saban hari dan waktu.
Siapa yang alert dan cakna, maka tidak ketinggalanlah dia, sebaliknya siapa yang alpa dan leka, maka ketinggalanlah dia. Masa sentiasa bergerak, usia semakin meningkat dan kematian semakin hari semakin hampir. Keperluan hidup mesti dipenuhi dan persediaan untuk menuju mati juga perlu diperkemaskan dan di'update' sentiasa.
Apa yang dilakukan setiap hari mesti dimuhasabahkan, jika ada yang silap mesti diperbetulkan, jika ada yang sedikit mesti diperbanyakkan, jika ada perselisihan faham perlulah bermaaf-maafan, dan jika ada dosa yang dilakukan cepat-cepatlah bertaubat dan mohon ampun daripada Tuhan kerana pintu taubat masih lagi terbuka luas. Sesungguhnya Allah amat menyukai orang2 yang bertaubat dan kembali ke pangkal jalan seperti sukanya tuan unta yang kehilangan untanya yang sarat dengan muatan di padang pasir yang luas dan menemuinya kembali. Inilah coretan ringkasku untuk kali ini. Semoga bermanfaat untuk diri sendiri dan orang2 yang membacanya, insyaAllah :-)

Wednesday, November 5, 2008

Syukurilah Nikmat Tuhan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Setiap hari pelbagai nikmat Tuhan yang kita kecapi tanpa kita menghitungnya seperti nikmat kehidupan, ketenangan, kesihatan, kelapangan masa, dan yang lebih utama ialah nikmat islam & iman. Sememangnya sudah dimaklumi nikmat islam & iman adalah nikmat yang paling besar yang Allah kurniakan kepada kita semua. Alhamdulillah... bersyukurlah di atas nikmat tersebut. Tanpa islam & iman tiada gunanya hidup ini. Pernahkah kita diuji dengan dua nikmat ini?

Saya kira semua orang pernah diuji dengan dua nikmat ini, cuma yang bezanya sama ada kecil atau besar ujian tersebut. Saya sendiri pernah diuji dengan ujian yang agak berat, yang bisa menggoncang aqidah tetapi Alhamdulillah Allah masih sayangkan hambaNya ini. Mungkin ujian Allah ini sebagai peringatan kepada diri ini yang alpa dan lalai. Ya Allah, ampunkanlah hambaMu ini di atas kealpaan dan kelalaianku ini.

Kita seringkali leka bila Allah tidak mendatangkan ujianNya. Kita lupa untuk mensyukuri segala nikmatnya. Sedangkan Allah itu maha pemurah sifatNya, sentiasa mengurniakan nikmat walaupun hambaNya tidak mensyukuriNya (wa na'uzubillahi min zalik- minta Allah jauhkan kita daripada menjadi hamba yang tidak bersyukur).

Justeru itu, saya menyeru terutamanya kepada diri saya sendiri dan juga sahabat2 semua agar sentiasalah mensyukuri nikmat2 yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Semoga Allah memelihara nikmat Islam & Iman yang dikurniakan kepada kita itu. Wallahu a'lam.

Tuesday, November 4, 2008

Alhamdulillah...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... Setelah beberapa kali cuba buat sendiri melalui 'verbal clues' drpd Izzah, akhirnya berjaya jgk saya memiliki blog sendiri. Kalau sebelum ni tak berapa nak nampak mcm blog. Maklumlah bab2 ni tak berapa mahir sikit. Hari ini dengan dibantu pula oleh sahabatku hawa, maka terhasillah blog yg tak seberapa canggih ni, hehe... Dia pun baru belajar buat blog jgk. Kalau sebelum ni create je tapi tak posting pape pn. Ni setelah di 'edit'2 bolehlh posting sepatah dua kata... Semoga blog ini dpt memberi manfaat utk diriku dan juga sahabat2 serta sesiapa yg sudi menziarahinya. InsyaAllah...
Walaupun sekarang ni musim exam tetapi disebabkan bersemangat untuk memiliki blog sendiri, maka saya rela meluangkan masa utk menghasilkan jgk blog ni, itu pun disebabkan next paper 8hb ni... Ye lah kalau sebelum ni asyik duk navigate yg orang punya je. So, kita pun nak ada blog jgk sbbnya seronok bila baca apa yang ditulis oleh bloggers ni. Apa yang dicatat dan apa yang dikongsi tu ada manfaatnya tersendiri. Kadang2 news yg kita dpt tu 'fresh' lagi, yg belum masuk paper pn kita dah tahu. Di samping tu, banyak dpt ilmu2 yg sudi dikongsi bersama. InsyaAllah saya akan memanfaatkan blog ini sebaik mungkin.