my playlists


Wednesday, January 20, 2010

Subhanallah...

Bismillahirrahmanirrahim...


Subhanallah... Maha suci Allah yang menciptakan setiap makhlukNya di atas muka bumi ini. Betapa saya merasa takjub sangat selepas membaca beberapa muka surat buku "Ketika Alam Bertasbih"...  Penulis buku ini yang bernama Zaghlul, menceritakan tentang alam bertasbih ini secara detail. Di mana beliau menceritakan setiap makhluk yang ada di bumi ini tidak jemu2 bertasbih kepada Tuhan yang Maha Esa. Pokok-pokok, bukit-bukau, tumbuh-tumbuhan, binatang2, unggas2, hama, bakteria, virus, kuman, urat, saraf, darah, atom2 & zarah2 yang wujud di muka bumi ini semuanya bertasbih memuji Allah setiap hari, setiap saat & setiap waktu. Subhanallah..

Saya menjadi malu pada makhluk2 Allah ini yang tidak jemu2 memuji Allah, sedangkan saya seorang manusia tetapi saya selalu lalai & alpa dari mengingati Tuhan. Saya malu pada zarah2 yang ada dalam badan saya yang selalu bertasbih memuji Tuhan, betapa ia melakukannya dengan penuh rela & redha. Saya jugak malu pada tumbuh-tumbuhan, kayu-kayan & pokok-pokok yang selalu bertasbih tanpa rasa bosan & muak..

Saya juga malu pada binatang2 seperti anjing & babi kerana walau pun mereka hina di mata manusia, keji & jijik tetapi mereka juga tidak melupakan Tuhan, mereka bertasbih memuji Tuhan dengan cara mereka yang tersendiri. Sahabat2 ingat tak tentang kisah anjing UIA yang pernah ssya ceritakan dulu. Masya Allah..

Kalaulah kita bisa mendengar mereka bertasbih, sudah tentu seluruh alam ini bergema dengan suara2 tasbih mereka, Masya Allah betapa agungnya kuasaMu.. Engkau sangat maha penyantun dan Engkau sangat memahami hamba2Mu... Kerana saya kira kalau Allah mengizinkan kita mendengar suara2 tasbih makhluk2Nya sudah tentu kita tidak bisa nyenyak dan kita tidak bisa aman, sudah pasti kita rasa serabut pada suara2 itu, astaghfirullahal 'azim...

Ya Allah hikmah setiap apa yang Engkau jadikan sangat besar ya Allah... Betapa kerdilnya diriku untuk memahami setiap rahsia2Mu ya Rabb..

Sungguh indah dan sungguh teliti penciptaan yang Maha Esa ini. Terasa benar kekerdilan diri ini bila memikirkan tentang hal ini.. Masya Allah...

Monday, January 18, 2010

Kehidupan Penghujungnya adalah Kematian

Bismillahirrahmanirrahim...

Kematian adalah penamat kepada kehidupan & kehidupan penghujungnya adalah kematian.. Itulah hakikatnya, tiada siapa yang dapat menafikannya...


Hari sabtu lepas, ayah mertua kakak saya yang kat Penang telah kembali ke rahmatullah. Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Tuhan, al-Fatihah buatnya..


Last week, saya mendapat mesej yang mengatakan dua orang sahabat seperjuangan kami kemalangan, kedua2nya aktivis kampus.. al-Fatihah untuk mereka berdua.. Semoga mereka ditempatkan bersama para solihin..


Setiap hari kita mendengar berita kematian orang lain, kematian orang yang orang lain sayang tapi adakah kita bersedia sekiranya kita akan mendengar berita kematian orang yang kita sayang atau pun orang yang mati itu adalah kita sendiri...? Tepuk dada, tanyalah iman kita..


Allah maha memberi & juga maha mengambil kembali apa yang diberi. Nyawa, badan, nafas, urat, saraf, nadi, kulit, mata, telinga, hidung, kaki, tangan, mulut dll adalah apa yang Allah pinjamkan kepada kita, jadi bila tiba masanya Dia akan mengambilnya kembali.


Tugas kita adalah kita kena menjaga semua yang diberi oleh Allah ini dengan penuh amanah. Kembalikan kepada Pemiliknya sebagaimana Dia bagi pada kita. Justeru itu, jagalah diri kita elok-elok "jagalah dirimu & ahli keluarga kamu daripada api neraka"


Ingatlah! Bahan bakar api neraka itu adalah dari kalangan jin & manusia


Kalau terkena percikan bunga api pun kita dah terasa pedihnya apatah lagi api neraka yang ibu kepada segala jenis api. Fikir-fikir & renung-renungkanlah..


Ya Allah, kenapa aku diganggu?

Bismillahirrahmanirrahim...

Gangguan???
Ya Allah, kenapa aku diganggu oleh makhlukMu yang aku tidak dapat melihatnya dengan mata kasarku? Apakah salahku terhadapnya? Aku cukup tidak mengerti.. Ya, aku akui jin wujud, syaitan juga wujud, malah yang pastinya malaikat juga wujud, yang mana rakib menjagaku di sebelah kanan & atid pula menjagaku di sebelah kiri. Tetapi kenapa ada 'makhluk' yang satu ini? Suka menganggu ketenteraman jiwaku.. Aku pelik kerana 'dia' datang dalam keadaan aku sedar dan aku tahu, cuma aku tidak nampak secara jelas tapi kehadirannya dapat kurasai..

Ya Allah, ku tahu bahawa aku tidak mampu menyingkap rahsia setiap penciptaanMu di dunia ini. Namun, Engkau bantulah aku menyelesaikan ketidakselesaan ini. Aku amat tidak suka apabila 'makhluk' ini datang menggangguku setiap kali aku ingin melelapkan mataku. Sekarang, aku terpaksa tidur dalam keadaan lampu terpasang supaya dapat mengelak daripada diganggu. Kegelapan adalah salah satu sebab 'dia' hadir, so untuk mengelakkannya aku kena tidur dalam cerah...

Ya Allah ya Tuhanku, bantulah aku supaya aku tidak lalai daripada mengingati kekuasaanMu.. Aminn..

Thursday, January 14, 2010

Addition

Bismillahirrahmanirrahim..

Ok ini tambahan kepada entry sebelum ni ye.. Bible yang Br. Shah Kirit sebut tu:

anda semua boleh cek,
John 14:28
Matthew 26:29
Mark 12:29 - the most important commandment in bible

So cuba tengok yang versi inggeris punya ye, then cuba gantikan word God/Father kepada word Allah.. Then tengok la apa akan jadi pada maknanya. Menurut beliau, orang Kristian akan menghadapi masalah kerana mereka akan keliru dengan penggantian word tu..

Wallahu a'lam..

Tuesday, January 12, 2010

Al hasil yang Saya Dapat...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah malam tadi Allah bagi kesempatan kepada saya untuk menghadiri forum isu kalimah Allah yang diberi tajuk oleh pihak penganjur "Allah, Siapa Punya?". Saya pergi ke chinese assembly hall bersama maziyah dan jugak Amee.. Itu pun dengan bantuan Zaki Sukery dan jugak Ustaz Syaari yang bagi direction kat kami, dua tiga kali jugaklah 'hello' kat diorang untuk sampai ke sana. Alhamdulillah jam 8.20pm +- kami sampai di sana kerana bertolak dari UIA jam 6.55pm. Sampai sahaja di sana kami bergegas mencari surau untuk menunaikan kewajipan terlebih dahulu. Kemudian selepas selesai solat isya' kami bertapak ke dewan tersebut dan sebaik sahaja masuk kami lihat dewan dah penuh sampai ke belakang. Mana tak penuhnya, berdasarkan maklumat yang saya dapat malam tadi participant yang hadir seramai 1050 orang. Forum ni kalau dalam tentatifnya ia mula pada pukul 7.45pm, tapi saya tidak pasti adakah ia mula tepat pada waktunya atau tidak kerana tak punya kesempatan untuk bertanya pada hadirin yang lain. Ah! Biarlah, yang penting saya dapat sesuatu daripada forum malam tadi.

Ahli panel malam tadi seramai 7 orang (macam bilangan anak nabi pulak :)..) Dan antara yang saya ingat ialah Dr. Farid Shahran (lecturer UIAM/ABIM), Br. Shah Kirit, YB Khalid Samad dan Datuk Azwira, 3 orang lagi saya lupa nama, cina sorang je kalau tak silap saya. Then, moderatornya tidak lain tidak bukan adalah Faridzul Nasaruddin, bekas presiden Ma'ruf Club UIAM.

Ok ini antara kesimpulan daripada ahli2 panel yang sempat saya dengar hujah2 mereka pada malam tadi:

1. Datuk Azwira (DA)

DA kata, pada pendapat dia kalimah Allah bukan ekslusif  untuk orang Islam sahaja dan antara hujah2 dia ialah, orang Arab Kristian jugak menggunakan kalimah Allah dalam bible mereka. Begitu juga dalam sejarah pun, agama Yahudi juga menggunakan kalimah Allah, contohnya mereka kata Uzair itu anak Allah, begitu juga Kristian, mereka kata Isa itu anak Allah. ini berdasarkan kisah yang disebut dalam Alquran sendiri.

2. Dr. Farid Shahran (DF)

DF kata, pada pendapat dia adalah tidak munasabah jika orang Kristian hendak menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan kepada God, ini kerana kalimah Allah adalah sesuatu yang suci bagi orang Melayu Islam dan di Malaysia khususnya. Jika dilihat semula pada sejarah, orang Islam menggunakan kalimah Allah sejak daripada turunnya Islam (Alquran) pada zaman Rasulullah lagi dan penggunaannya tidak pernah diubah sehinggalah ke hari ini. So, orang Islam tidak boleh terima sekiranya kalimah Allah ini diperkotak-katikkan kerana kalimah Allah adalah kalimah suci dan ia tidak boleh disekutukan sebagaimana yang orang Kristian nak guna iaitu merujuk kepada TRINITY. DF menambah lagi, sekiranya mereka (Kristian) nak terjemah jugak word God tu, so gunalah Elohim atau Adonai sebagaimana orang Yahudi guna sebelum Kristian timbul (refer to OLD TESTAMENT for further explanation).. Saya kira pendapat DF ini logik dan boleh diterima akal kerana agama Kristian adalah kesinambungan agama Yahudi sebagaimana yang saya pelajari melalui old testament dan new testament (Bible).

3. Br. Shah Kirit (BS)

BS pula kata, pada pendapat dia, orang Kristian sepatutnya mempersoalkan tentang penggunaan kalimah Allah ini sebagai pengganti God. Ini kerana dari segi bahasanya, God kalau diterjemahkan ke dalam bahasa melayu Tuhan, bukannya Allah. God itu umum dan Allah itu khusus, so tidak kenalah jika mereka menterjemahkannya sebagai Allah tapi terjemahlah sebagai Tuhan, baru kena dengan maksudnya yang sebenar. Then, dia ada sebut beberapa ayat daripada bible seperti Matthew dan Luke tapi saya tak ingat ayatnya sekarang sebabnya kertas yang saya tanda tu tertinggal kat Mahallah. Dalam ayat2 tu BS kata kalau word God/Father ditukar kepada Allah jugak, adakah orang Kristian setuju..? BS maksudkan ialah bible yang dalam bahasa Inggeris. Antara yang saya ingat ialah jika ditukar word God/Father itu kepada Allah, maka orang Kristian sendiri akan confuse hehe.. kerana ayatnya akan jadi macam ni.. "Oo Allah, Please help me.." lebih kurang la ni sebabnya saya tak ingat sangat la. Tak pe nanti saya betulkan di entry akan datang ye. Maaf la ye sebabnya ingatan tak berapa nk ok sekarang huhu..

4. YB Khalid Samad (YB KS)

YB KS kata, "Kita orang Islam dengan orang bukan Islam... Saya duk fikir2, duk tanya2 apa bezanya kita ni ye?" then dia jawab, "UMNO!" hehe.. YB KS kata, isu kalimah Allah ni isu kecik je sebenarnya tapi telah dibesar2kan oleh UMNO. Kalau orang bukan Islam nak guna kalimah Allah ni, biarlah mereka guna, lagi pun dalam quran Allah ada kata, mafhumnya lebih kurang macam ni (maaf saya tak ingat ayat berapa n surah berapa, nanti saya cek balik!)... Jika kamu tanyakan kepada mereka (orang kafir), siapa yang menurunkan air daripada langit? nescaya mereka menjawab Allah. So YB KS berpendapat, ini merupakan salah satu jalan dakwah, maksudnya sekirany kita membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah sebagai ganti God adalah salah satu jalan dakwah kerana ia akan membawa mereka kepada berfikir tentang Allah.

Inilah sahaja kesimpulan yang dapat saya buat berdasarkan ingatan saya yang tidak berapa hebat ini, mungkin sahabat2 boleh tanya sahabat2 yang lain yang pergi Forum ni untuk mendapat maklumat yang lebih detail lagi daripada apa yang telah saya catatkan kat sini. Wallahu a'lam!
   


  

Sunday, January 10, 2010

Ayahku Suka Bercerita...

Bismillahirrahmanirrahim...

Hmmm... Ayah memang suka bercerita, terutama ketika makan nasi. Cerita orang tua2 dulu...

"Incik, camca mau?"
"Aa.. nok ah."
"Eh, make sikit2 jah, pahni nok make 'caco' pulok."

Dapat agak x apa cerita di atas? Sebenarnya cerita dia macam ni... Ada beberapa orang dari kampung keluar ke bandar, then makan kat satu kedai makan. Masa hantar makanan tu, pelayan tu tanya la, "Incik, camca mau?" So diorang jawab mau la sebabnya diorang ingatkan 'caco' (sejenis makanan macam cendol kat kelantan, dimakan ala2 dessert la kalau kat kampung, maknanya makan selepas makan nasi hehe..). Tapi sebenarnya pelayan tu maksudkan sudu. Sudahnya, lepas makan tu diorang tunggu la 'caco' yang ditanya oleh pelayan tadi, padahal sudu telah pun dihantar semasa diorang makan tadi. Tunggu punya tunggu, tak ada pun, maka fahamlah diorang bahawasanya pelayan tadi tu maksudkan benda lain bukannya 'caco' seperti yang diorang sangkakan..Nak ceritanya, punyalah tak pernah keluar ke bandar, so tak tahu ko 'pesen'(gaya aka style)

Ada lagi cerita lucu.. hehe orang putih kena tipu..

"Ini apa?" (baca slange orang putih ye)
"Ooo.. Itu telur tuan!"

Pada suatu hari, orang putih dijemput makan kat rumah orang melayu (di kampung). Maka duduklah mereka menghadap hidangan.. Then, orang putih tu terpandang 'sambal pijat/giye' kat dalam piring (nampak bulat comel je).. So, dia pun tanya macam dialog di atas... Kui3x sekali dia ngap! wushhhhhhhhh! berasap telinga, pedas! hahaha.. orang putih kena tipu kat orang kampung... Dia tak mau cerita tu heboh sebab malu, dia pun bagi duit kat tuan rumah, tapi malangnya cerita tu sampai jugak kat anak cucu cicit hehehe...

Ada lagi cerita...
> jari orang putih terlekat dekat tangkai cawan
> orang buat kuih pau dengan daging kucing
> orang2 kampung sama2 ber'huma' (tanam padi kat tanah tinggi aka bukit)
> dan banyak lagi...

Nanti kita citer lain kali pulak ye.. tataa...

Saturday, January 9, 2010

Satu Rasa Dua Hati

Bismillahirrahmanirrahim..



Satu rasa dua hati, satu bumbung dua jiwa, satu pinggan dua orang hehehe... Macam best je ayat2 cinta seumpama ini. Tapi hakikatnya memang ayat2 ini membawa seribu makna kepada insan2 yang memahaminya :)

Alam rumahtangga adalah satu alam yang amat didambakan oleh setiap teruna dan dara. Setiap waktu cuba menghitung hari, "Bilakah harinya aku akan disatukan?" Mungkin ini adalah antara soalan yang berlegar di benak setiap orang yang belum berkahwin.

Namun bagi saya, ia adalah perkara normal bagi orang2 yang normal. Saya pun merasai perkara yang sama tapi mungkin konsep yang kita bayangkan itu berbeza. Setiap orang punya acuannya tersendiri, punya matlamat tersendiri dan punya destinasi masing2.. Kemanakah bahtera yang belayar itu ingin tuju, sudah pasti nakhodanya sudah tahu.

Nakhoda sebuah bahtera rumahtangga adalah suami. Manakala isteri dan anak2 merupakan anak2 kapalnya. Jika nakhoda itu bijak melayarkan bahteranya, maka sudah pasti anak2 kapalnya akan selamat sampai ke destinasi yang mereka tuju.

Ok... Sekarang, kita tengok pada buku di atas pula ye..

Secara peribadi, saya mengatakan buku ini sangat bagus. Saya sangat suka isi kandunagnnya, begitu juga dengan ilustrasi kartunnya yang membawa makna tersendiri. Adakalanya buku ini membuat saya tergelak, adakalanya ia membuat saya tersenyum, adakalanya ia membuat saya menangis, adakalanya ia membuat saya berfikir dan adakalanya ia membuat perasaan saya terbuai kerana terbayangkan alam rumahtangga yang bakal saya tempuhi nanti..

1001 rasa dapat saya rasai semasa saya membaca buku ini dengan penuh penghayatan.. Hmm.. berkali2 saya tengok gambar penulis kat kulit belakang kerana cuba memahami orang yang mempunyai idea yang sangat menarik ini. Saya membayangkan, pasti isterinya bahagia memiliki suami seperti Ustaz Pahrol ini. Wahhh... terukkan saya punya imaginasi, sampai begitu jauh sekali ia pergi, sampai ke rumah penulis hahahahaha... ainon2x..

Hehe... Saya paling suka baca part mak lang dan pak lang dalam buku ni, begitu romantis mereka berdua tapi romantik cara orang kampung... Saya teringat kat mak dan ayah saya di kampung... Hmm.. Bagus betul Ustaz Pahrol ni kerana melalui buku ini, dia telah membawa minda saya mengembara ke pelbagai dimensi kehidupan yang penuh dengan warna-warninya... Hebat!!!

Bila saya masuk ke tajuk bahagia tu, saya menangis apabila membacanya... Saya terfikir, "Adakah aku akan bahagia dengan perkahwinanku kelak?" Persoalan ini menujah2 benak saya kerana saya tidak tahu bagaimanakah alam yang bakal saya tempuhi ini. Saya juga tidak tahu bagaimanakah ujian2 yang Allah akan turunkan untuk menguji keteguhan rumahtangga saya kelak. Apakah badai yang akan melanda atau ribut taufan yang akan memukul bahtera kami(aku & bakal suami) kelak? Namun saya tahu, saya tidak sewajarnya membayangkan tentang itu semua kerana dalam buku 'La Tahzan', penulisnya ada mengatakan yang kita tidak sepatutnya memikirkan benda yang belum terjadi, sebaliknya kita hanya perlu fikir apa yang sedang kita lalui hari ini..

Saya boleh bagi 5 bintang kat Ustaz Pahrol kerana hasil tulisannya sangat best! Sehinggakan saya terpaksa letak ke tepi dulu buku Magnet Diri yang saya belum habis baca lagi (Hmm.. Abang Amin, jangan marah ye..) Aura buku 'satu rasa dua hati' sangat kuat, sehinggakan saya rasa tak nak berhenti membacanya sehinggalah ke noktah terakhirnya, namun apakan daya saya juga punya tugasan lain yang perlu saya utamakan :p

Ok lah saya stop dulu kerana saya nak gi makan hehe.. belum dinner lagi ni.. tataa :) 


 

Tuesday, January 5, 2010

Aku Berpuas Hati...

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku berpuas hati dengan kenyataan Hj Hadi, presiden PAS dlm surat khabar utusan hari ini berkaitan dengan penggunaan kalimah Allah dlm The Herald. Bila ulama' bersuara, yang kabur akan jadi jelas. Aku setuju dengan kenyataan beliau tersebut yang mana beliau kata adalah tidak menjadi kesalahan bg orang Kristian & Yahudi menggunakan kalimah Allah. Tapi perkara ini tidak sepatutnya berlaku di Malaysia kerana ia boleh membawa impak buruk kepada rakyat Malaysia khususnya muslim. Ini kerana kontek penggunaan kalimah tersebut oleh agama lain membawa maksud yg sgt berbeza berbanding apa yg difahami oleh org islam di sini. Malah disebabkan isu ini, ada pihak2 yg cuba mengambil kesempatan dan cuba mengeruhkan lagi keadaan. Apa yg diharapkan ialah, agar pihak kerajaan dapat menyelesaikan isu ini tanpa mengeruhkan keadaan dan beliau sangat berharap agar pihak kerajaan dapat menyelesaikannya secara aman demi menjaga sensitiviti masyarakat melayu islam di Malaysia. Wallahu a'lam  

Friday, January 1, 2010

Barat Punya Agenda Tersendiri

Bismillahirrahmanirrahim...

Filem 2012, memberi sedikit sebanyak impak kepada diriku biar pun aku belum menyaksikannya secara menyeluruh. Namun aku dapat baca daripada blog2 rakan yang memberi kritikan terhadap filem ini yang mana  kebanyakannya menyatakan ia merupakan salah satu agenda barat. Ya, aku tidak menafikan tentang kebenarannya. Memang filem ini adalah agenda barat dalam rangka untuk memesongkan aqidah umat islam yang lemah. Ia memaparkan kepada seluruh audience yang menyaksikannya bagaimana pada tahun 2012 dunia akan mengalami kiamat, yang mana bumi akan masuk ke dalam satu lubang besar. Mengarut! 

Apa mereka fikir mereka boleh meneka bila kiamat akan berlaku? Usahlah tertipu dengan jarum2 halus orang2 kafir ini kerana mereka memang jahat! Allah sudah kata  kiamat ini adalah urusanNya begitu juga dengan ruh, juga merupakan urusan Allah. Manusia tak punya hak untuk menyibuk di dalam urusan Allah. Apa yang manusia perlu buat ialah mempersiapkan diri untuk bertemuNya kelak.

Adakah kita telah bersedia untuk bertemu Allah?
Sudah cukupkah amalan kita untuk mengadap Allah kelak?
Apakah kita sudah melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarangNya?
Tahukah kita di mana tempat kekal kita?
Di syurgakah kita atau di nerakakah kita?
Tepuk dada, tanyalah iman kita?
Sudah tentu iman kita ada jawapannya...

Hari ini sudah pun 2hb 1 2010. Apakah kita telah muhasabah diri kita dan amalan kita di tahun 2009? Pasti kita ada jawapannya. Kalau bulan muharam, sudah pun masuk hari ke 16... Bertambahnya tahun menandakan bertambahnya usia kita, namun apakah amalan2 kita juga turut bertambah. Teramatlah malang bagi kita sekiranya amalan2 kita makin berkurang dan rugilah kita sekiranya kita tidak menambah amalan kita. Sama2 lah kita renung sejenak, agar ada manfaatnya untuk diri kita.

Wallahu a'lam

Apa Ada pada New Year?...

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni 1/1/2010..
Aku termenung sendiri, apa yang ada pada new year ye?
Aku tertanya2, aku mencari jawapan.. Lalu jawapan yang aku dapat ialah tak ada apa2.. Maksudku tak ada apa yang boleh merubah sesuatu apa pun kecuali dengan takdir dan iradah Allah jua. Saban tahun manusia mencipta azam, tapi bagiku ia kadang2 tak memberi makna apa2 tanpa tindakan. Secara ikhlasnya aku rasa aku tak pernah punya azam untuk tahun baru secara spesifiknya kerana bagiku setiap hari adalah azam baru. Maksudku azam baru bagiku adalah setiap hari bukannya setiap tahun. Ini kerana apa yang aku suka praktik ialah, muhasabah sebelum tidur dan berazam untuk keesokan harinya pula. Berazam untuk memperbaiki setiap kelemahan yang telah aku lakukan pada hari ini. Entahlah mungkin orang lain sukar untuk menerima caraku ini tetapi itulah hakikatnya. Aku paling sukar untuk menjawab apabila ada yang bertanya tentang azam baruku kerana bagiku ia sudah lumrah dan rutin yang aku lalui setiap hari, tiada apa yang istimewanya azam tahun baru bagiku.

Mungkin kedengaran pelik bagi sesetengah orang tapi tidak pelik bagi norainon abdullah. Adakah aku 'abnormal' kerana tidak suak azam tahun baru? Aku tidak tahu kenapa tetapi aku merasakan tahun baru sama sahaja dengan hari2 biasa yang aku lalui. Tiada pun yang uniknya tentang tahun baru ni kerana tiada apa yang significant dengan tahun baru masihi ni.

Tetapi kalau tahun baru Hijri aka Maal Hijrah, aku dapat rasa perbezaannya kerana ada significant nya iaitu tahun untuk berhijrah. Di mana tahun ini dikira bersempena penghijrahan Nabi dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Banyak significant yang aku dapat daripada penghijrahan ini iaitu penghijrahan mental dan jugak fizikal. Banyak istifadah dan ibrah yang aku dapat ketika meraikan kedatangan maal hijrah ini. Macam tahun ni dah pun 1431h dah. Ini menandakan betapa nabi sudah lama pergi meninggalkan kita dan apa yang baginda tinggal untuk kita cumalah al-quran dan  as-sunnahnya sahaja.

Tidakkah kita merasa rindu untuk bertemunya? Betapa selama ni kita cuma dapat mengenalinya melalui sirahnya sahaja, namun kita belum pernah melihatnya. Melalui sirahnya yang kita telusuri, kita dapat merasakan baginda merupakan seorang insan yang tersangat agung. Akhlaknya sangat terpuji sehinggakan baginda digelar 'al-amin'. Betapa indahnya qudwah yang ditunjukkan oleh baginda untuk kita teladani bersama. Tutur katanya sangat halus dan begitu meruntun jiwa. Budi bicaranya sangat sopan dan bahasanya sangat indah didengar. Sebagai seorang wanita, aku mendambakan seorang suami yang seperti rasulullah agar hidupku terpimpin ke jalan yang diredhai Allah. Namun aku juga perlu menjadi seperti Khadijah agar aku dapat suami yang seperti Rasulullah. Mudah-mudahan Allah mengabulkan apa yang aku inginkan.

Wallahu a'lam :)